Over-reliance on China for financial bailout?

Over reliance on China's aids

BUDGET SPEECH
YB Jeff Ooi Chuan Aun
Ahli Parlimen Jelutong
1 November 2016

Below is the draft of my budget speech at the Policy Stage, but I had ad-libbed during the actual delivery. For the live version, please refer to the YouTube link at https://youtu.be/8QSZSFPoyRc or wait for transcript in the Hansard.

We had to read from script as there was a time limit of 15 minutes per MP.

* * *
TAJUK: Khuatir Malaysia jadi boneka politik China kerana hutang pinjaman tertimbun, lalu menggugat Deklarasi ASEAN sebagai Zon Damai, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN)

Setakat ini, Perdana Menteri YAB Datuk Seri Najib Abdul Razak telah membuat tujuh (7) lawatan rasmi ke People’s Republic of China (PRC). Lawatan beliau kali ini dikatakan tertumpu kepada kerjasama dua hala dalam bidang ekonomi tradisional dan digital, pertahanan, pendidikan, perdagangan, pelaburan, pelancongan serta keselamatan serantau.

Namun, satu perkara yang paling menonjol adalah status “Comprehensive Strategic Partnership” yang dikurniakan ke atas Malaysia oleh Presiden Xi Jin-ping pada bulan Oktober, 2013. Kita tertanya-tanya apakah quid pro quo yang dinanti-nantikan oleh negara China?

1. PINJAMAN & HUTANG. Malaysia dilaporkan akan meminjam sebanyak RM55 billion dalam bentuk ‘soft loan’ daripada negara China untuk membiayai projek East Coast Rail Line (ECRL). Projek ini telah diberikan kepada China Communication Construction Company Ltd (CCCC) tanpa tender antarabangsa dan tanpa laporan teknikal yang terperinci. Terma-terma pinjaman dan tempuh bayaran balik tidak dihebahkan.

Dengan adanya lain-lain bentuk pendanaan negara China yang telah dimetrai bagi projek-projek mega di Johor dan Melaka, saya minta Menteri Kewangan mengumumkan kepada Dewan Rakyat jumlah besar pinjaman dan dan hutang Malaysia kepada China setakat ini, baik menerusi State-Owned Enterprises (SOE) ataupun syarikat-syarikat swasta negara China.

2. UNSUR MILITARY. Saya difahamkan Projek Naik Taraf Pelabuhan Tanjung Keling di Melaka juga telah diberikan kepada pengusaha negara China. Menikut cerita yang berkisar di media online, pasukan kontraktor di projek tersebut meliputi pegawai-pegawai angkatan tentera negara China dalam kerja-kerja awalan mereka.

Saya minta Menteri Pertahanan menjawab di Dewan Rakyat sama ada pelabuhan Melaka akan dibangunkan dan dijadikan satu pangkalan tentera laut negara China di ASEAN. Ini adalah memandangkan China telah engkar untuk mengakur kepada perintah Mahkamah Antarabangsa pada Julai 2016 dalam kes “Nine Dash Nine” Republic of Philippines vs. PRC. Sikap China ini menunjukkan fiil dan perangai satu hegemoni yang boleh mengancam keamanan dan kestabilan geo-politik serantau.

Lantas, ciri-ciri semulajadi pelabuhan lautan dalam (natural deep-sea port) di Pelabuhan Kuantan juga sesuai dijadikan sebagai pangkalan kapal selam bagi negara China, misalannya sebagai satu cabang bagi pangkalannya di Kepulauan Spratlys di Laut Cina Selatan yang telah ditakluki tanpa restu antarabangsa. Saya minta Menteri Pertahan membuat penjelasan menegenai hal ini.

3. KEDAULATAN ASEAN & MALAYSIA. Wajib diperingatkan bahawa Deklarasi ASEAN sebagai Zone Damai, Bebas dan Berkecuali (Zone of Peace, Freedom and Neutral – ZOPFAN) adalah diisytiharkan di Kuala Lumpur panda than 1971.

Maka, Malaysia mempunyai beban bersejarah untuk mempertahankan cita-cita negara serantau di Asia Tenggara supaya kita tetap pegang kepada ZOPFAN dan kita tidak akan dijadikan hamba-abdi dalam mana-mana percaturan politik oleh mana-mana hegemoni militer dan ekonomi (military and economic hegemony), termasuk China dan Amerika Syarikat.

Akhir-akhir ini, kita telah melihat sebahagian negara anggota ASEAN, termasuk Cambodia, Laos dan Filipina, begitu cenderung terhadap negara China yang menghulurkan pelbagai sedekah dan ‘financial bailout’ menerusi pelbagai bantuan pinjaman dan pembangunan infrastruktur. Sentimen ‘terhutang budi’ ini merupakan quid pro quo bagi China untuk menakluki rantau Asia Tenggara dan ASEAN. Taktik China ini akan menjadi lebih meligat dengan tertubuhnya Asian Infrastructure Investment Bank (AIIB) untuk mencabari World Bank, IMF, ADB dan sebagainya kerana ada udang politik di sebalik batu.

Saya minta Perdana Menteri memberi jaminan bahawa walau dalam apa keadaan pergolakan geo-politik antarabangsa yang berlaku, Malaysia tetap akan mempertahankan maruah dan kedaulatan bangsa kita dan tidak akan tergadai terhadap negara China.

About Jeff001 140 Articles
Member of Parliament, Malaysia (2008 - Present) Columnist
Contact: Website
%d bloggers like this: