« Should Abdullah continue as your PM? Dr M says... ( 2 ) | Main | Microsoft buys Yahoo? »

4th Floor Boys no more

Thanks to dotkomania, Lapu-Lapu Melebar Sel Muraqabat...

Sudah dua minggu kami dalam sel Muraqabat. Empat manusia terperangkap dalam satu ruang kecil sebuah sel bukanlah sesuatu yang istimewa. Tentunya tidak glamour seperti empat angkasawan berkongsi dalam sebuah kapal Soyuz menuju ke angkasa lepas.

Tetapi takdir telah menentukan yang kami bertemu dalam keadaan yang tidak pernah diduga. Berlainan sebab musabab dan berbeda status kesalahan untuk sementara menumpang salah sebuah sel orang kena tuduh.

Kami masih menanti dengan penuh pengharapan. Menanti untuk dihadapkan ke mahkamah. Pihak pendakwaraya mengambil masa yang panjang dengan kes yang banyak dalam musim perayaan. Kalau sudah jatuh hukuman dan dihantar ke penjara besar, barangkali kami telah mendapat pengampunan sempena hari raya haji lalu dan tahun baru Hijrah nanti. Sudah bebas untuk bersama keluarga dan meneruskan kerja.

Pejam celik kami masih dalam sel Muraqabat. Walau sudah tidak dapat menahan sabar, masih menaruh harapan yang sama. Memang penantian adalah satu penyeksaan. Lebih terseksa apabila setiap dinding dan siling seakan mempunyai mata dan telinga. Seakan memandang dan mendengar setiap gerak geri dengan penuh pemerhatian. [...]

Identiti yang bercampur-baur. Negara kami pula menjadi miskin walau kekayaan alam melimpah ruah. Pemimpin kami tidak boleh diharapkan. Lapu-Lapu yang gagah berani hanya tinggal monumen!”

Saya memandang ke arah dinding yang mungkin asyik menonton dan mendengar sebabak lagi adegan soap opera dalam realiti TV sel Muraqabat. [...]

Terdengar dari TV sebuah lagu klasik yang seakan mengambarkan suasana dalam sel Muraqabat. Lagu kumpulan Eagles dengan lirik berhantu, “You can checkout any time you like, But you can never leave!”

Petikan gitar solo dari irama kumpulan Eagles yang menusuk itu diganggu oleh suara Hashim yang dalam ketawa mengilai berkata kepada kami, “Walau apa pun yang berlaku ratusan tahun dahulu, saya harap menu makan tengahari ini ialah beriyani Lapu-Lapu!”

I was reading this interesting cerpen (short story) from Dewan Sastera Februari 2008: when Rocky's SMS arrived.

It's DATUK Kamal Khalid and DATUK Vincent Lim.

Upgraded to Grand Daddy for now? Lapu-Lapu Melebar Sel Muraqabat. and I read on...

Dewan-Sastera_0802.jpg

“Apa menu hari ini?” Alex bertanya dengan senyuman. Pemuda Filipino yang buncit dan botak itu memang kuat makannya, telah lapar kembali walau baru sahaja makan pagi. Masuk ke dalam sel Muraqabat kerana hutang sepuluh kad kredit yang mencapai dua ratus ribu dirham. Ditahan dalam cuba memboloskan diri melalui jalan darat ke Oman.

“Beriyani ikan agaknya!” Jawab Duardo, warga Sepanyol yang sudah berusia lima puluh tahun tetapi maseh awet muda.

It's 02:22 in the morning. It has been an interesting cerpen that radiates the feverish political climate of the day.

Lapu-Lapu Melebar Sel Muraqabat.

Thanks to Dubai, once again.

TrackBack

TrackBack URL for this entry:
http://www.jeffooi.com/mt32/mt-tb.cgi/2280

INTERNET does not operate in a legal vacuum.
Read this before you post a comment in this blog!

Post a comment

(If you haven't left a comment here before, you may need to be approved by the site owner before your comment will appear. Until then, it won't appear on the entry. Thanks for waiting.)