LG-Screenshots Pantun: Last call
Please be reminded that the LG-Screenshots Pantun contest ends November 9.
Here's another collection of pantun goodies:
38 ) From 6013xxx5370 Among all juices, I love carrot, It's good for u, and your family, LG Chocolate, is my favourite, Hope it would be mine, eventually!
39 ) From 6013xxx5370
Among all juices, I love carrot,
It's good for u, and your family,
LG Chocolate, is my favourite,
Hope it would be mine, eventually!
40 ) From 6013xxx5370
Among all juices, I love carrot,
It's good for u, and your family,
LG Chocolate, is my favourite,
Hope it would be mine, eventually!
41 ) From 6013xxx5370
Pak Lah & Det, they are both great,
Leads our country, towards prosperity,
Hindus & Muslims, together we celebrate,
Deepavali & Raya, happily & harmony
42 ) From 6012xxx3438
Singgah di kedai membeli gula,
Untuk membuat biskut suji,
Di pagi Raya takbir bergema,
Kucupan isteri kemaafan diberi.
43 ) From 6012xxx0088
Makan marukku , tosei dan puri,
Lemang, ketupat, dodol juga ada,
Deepavali serta Aidilfitri,
Sambutlah ia dengan ceria
44 ) From 6016xxx6654
Mahathir-Pak Lah duduk semeja,
Gurau senda cubit-cubitan,
Deepavali meriah sungguh teruja,
Menanti tiba sambutan lebaran.
45 ) From 6016xxx6654
Berbilang bangsa hidup muhibbah,
Tolong-menolong sentiasa disisi,
Deeparaya terasa sungguh meriah,
Kunjung-mengunjung amalan tradisi.
46 ) From 6017xxx6785
Makan ketupat di pagi raya,
bermaaf-maafan penghapus dosa,
ingatlah pada ibu bapa,
walaupun merantau jauh di pelusuk dunia.
47 ) From 6017xxx6785
Indah diterangi cahaya pelita,
menyinari malam di hari raya,
jari disusun maaf dipinta,
salam aidilfitri buat semua.
48 ) From 6019xxx5897
mudik ke hulu menimba keli,
pelita di laman menghias melati,
maruku baulu dihidang sekali,
disambut aman dikenang di hati.
49 ) From 6012xxx4846
Ayam jaguh ditengah ladang,
Untuk sabungan di pasar kota,
saudaqa jauh dtg bertandang,
mari bermaafan sesama kita.
50 ) From 6012xxx2025
Pemimpin negara Pak Lah dan Samy Vellu,
Menyambut Deepavali dan Hari Raya,
Masyarakat majmuk negara bersatu,
Berkongsi raya amalan semua
51 ) From 6012xxx2025
Sarang tebuan usahlah dijolok,
Bila disengat buruk padahnya,
Berperang mulut amatlah buruk,
Kunjung mengunjung ada baiknya
52 ) From 6017xxx6388
Bersinaran lampu di malam raya,
Bergelak ketawa tua dan muda,
Hari perayaan kini dah tiba,
Diwali dan Idil Fitri sama meriah nya.
53 ) From 6013xxx3442
Dara di desa rambutnya ikal,
Wajahnya anggun ayu jelita,
Syahdu terasa di hening Syawal,
Pohonlah ampun maaf dipinta.
54 ) From 6013xxx3442
Tumbuh berisi malinja jerami,
Di tengah paya lubuk gelama,
Khabarkan seisi langit dan bumi,
Meriah DeepaRaya disambut bersama.
55 ) From 6012xxx7985
Berbilang kaum pelbagai pegangan,
Hidup bersama penuh keharmonian,
Sambutan DeepaRaya kian bergemerlapan,
Bumi bertuah harus dipertahankan.
56) From 6013xxx4861
ketupat lemang tosai maruku,
juadah tradisi melayu dan india,
ziarah menziarah amalan bangsaku,
di hari mulia deepavali dan raya
57 ) From 601xxx34861
baik deepavali maupun raya,
semua berpusu balik kampong,
berhati hatilah di jalan raya,
supaya bersuka ria bukan berkabong
58 ) From 6013xxx6244
Ada rendang ada lemang,
Ada tosai ada canai,
Susah dulu kemudian senang,
DeepaRaya datanglah ramai-ramai.
59 ) From 6019xxx4149
Indah sungguh Rumah Melaka,
tangga batu penghias laman,
gema hening takbir Raya,
tanda akhir sudah Ramadan.
60 ) From 6019xxx4149
Songket tabur bunga emas,
tersemat indah di pinggang si dara,
jangan dikenang dosa yang lepas,
ampun maaf di hari raya.
61 ) From 6016xxx3380
Budak-budak riang masa perayaan,
Kakak-kakak sibuk serikan halaman,
Cuma pada waktu musim perayaan,
Sempat mengubat rindu kampung halaman.
62 ) From 6016xxx3380
Pisang di laman banyak tak terkira,
Di buat cokodok sedap tak terhingga,
Hidup di kota sibuk tak terkira,
Rindu ayah dan bonda tak terhingga.
63 ) From 6012xxx7855
motorola, nokia, dan lg,
dua tahun ubah handphone sekali,
sms dan video dapat dinikmati,
lg choklat tidak boleh dicabari
64 ) From 6012xxx0510
Ketupat Lemang di hari raya
Maruku Capati di hari deepavali
Semangat kerjasama antara kita
Tunjang keamanan hidup berharmoni
65) From 6013xxx0953
Dodol, ketupat dan roti prata,
Maruku dan kari jadi hidangan,
Kunjung mengunjung sesama kita,
Deepavali dan Raya erat hubungan.
66) From 6013xxx0953
Rendang ayam dimasak serai,
Kuih maruku dan kuih makmur,
Raya disambut Deepavali dirai,
Rakyat sepakat negara makmur.
67 ) From 6012xxx8930
Tosai dan lemang, idli dan ketupat,
berkuah pula rendang dan kari,
mari berdoa semuanya selamat,
menjelang Deepavali dan Aidil Fitri.
68 ) From 6013xxx3442
Bintang kerdipan sinarnya indah,
Berkilau cahaya memagar purnama,
Sepakat raikan semarak muhibbah,
Diwali dan Raya disambut bersama.
69 ) From 6013xxx3442
Pakai kebaya dengan selendang,
Kain mastuli songket tenunan,
Pesta cahaya indah nan terang,
Sambut Diwali dengan senyuman.
70 ) From 6013xxx3442
Keli di paya jangan dituba,
Buat bekalan bawa ke kota,
Hari Raya menjelang tiba,
Bermaaf-maafan sesama kita.
71 ) From 6019xxx6797
Muruku, ketupat, rendang, dan kari,
Hamba pergi rumah terbuka makan;
Deepavali dan Raya disambut sekali,
Selamat DeepaRaya hamba ucapkan.
72 ) From From 6016xxx8321
JAMBATAN SENIK MERENTAS SELAT TEBRAU,
KERJA BELUM MULA SUDAH DIBATAL,
AMAN DAMAI ANTARA PAK LAH DAN DR M,
ITULAH HARAPAN RAKYAT BERKAT HARI RAYA DAN DEEPAVALI
73 ) From 6012xxx0013
Asal benang menjadi samping
Benang berpintal satu-persatu
Makan bersama jalan seiring
Semua berbeza hatinya satu
74 ) From 6013xxx3688
BERDAGANG KAIN DARI IPOH KE BOTA,
SINGGAH SEBENTAR MEMETIK DAUN SEMILU,
JANGAN BIAR ORANG LAIN KACAU KITA,
MALAYSIA BOLEH GUA CAYA SAMA LU.
Comments
Bro, is everything a-ok with the gateway servers? I have submitted two pantun entries (one last friday, another just this morning) and to date, I've yet to receive the confirmation SMSes.
Just want to make sure the entries are getting through, don't want another 'One-In-A-Million' brou-ha-ha yet again ;-)
Posted by: truthfreak
|
November 6, 2006 02:09 PM
Hi Jeff, I have sent 2 entries today at 3.00 pm. Also did not get any response/confirmation. Any problems?
Posted by: robin hood
|
November 6, 2006 03:04 PM