LG-Screenshots Pantun Contest... Final batch
The contest has come to an end. We are compiling the pantun for the judges.
Stay tuned for the announcements on the winner of LG Chocolate.
75 ) From 6012xxx2570
Teknologi terkini ciptaan LG,
Susah nak bersalam bukan alasan,
Diwali dan Raya setahun sekali,
Semaikan muhibbah amalan harian
76 ) From 6012xxx2570
Teknologi terkini ciptaan LG,
Saling bersalaman tak mengira zaman,
Diwali dan Raya setahun sekali,
Semangat muhibbah amalan harian
77 ) From 6019xxx2958
Anak Pak Dollah makan ketumpat,
Makan ketupat sampai terlompat-lompat,
Hantar kad raya dah terlambat,
SMS saja pun boleh what?
78 ) From 6013xxx5033
Anak Malaysia di sekolah dan di rumah,
Dididik agar keamanan dihargai,
Hari Raya kemuliaan terjemah,
Perayaan dikongsi kemesraan dirasai.
79 ) From 6012xxx5624
Ikan goreng di dalam kuali,
ikan kering diatas para,
Selamat aidilfitri dan deepavali,
utk jef dan pembaca setia
80 ) From 6013xxx3454
Kemboja putih kembang setaman,
Hiasan kepala si anak dara,
Adat kita hidup berjiran,
Hari Raya berkongsi gembira
81 ) From 6013xxx3454
Terbang tinggi si mergastua,
Membelah awan biru sutera,
Pagi aidilfitri terzahir jua,
Ucapan maaf tanda bersaudara
82 ) From 6012xxx8708
Menyusur kali mencari udang,
jadikan rencah masak bersantan,
setahun sekali raya menjelang,
jalinkan ukhuwah eratkan ikatan.
83 ) From 012xxx8708
Akar seruntun perdu disiram,
pegaga jua jadi idaman,
hati meruntun rindu dendam,
moga bersua di hari lebaran.
84 ) From 6012xxx2353
Merah jambu, putih dan hitam,
Indah kebaya dipakai puteri,
Usah merajuk menyimpan dendam,
Bermaafan kita di Aidilfitri
85 ) From 6012xxx9731
Dodol wangi manis sekali,
Kari kambing kenyang dinikmati,
empena raya dan diwali,
Saling maaf dan memahami.
86 ) From 6012xxx9731
Bahtera kemerdekaan harungi laut bergelora,
Masih kukuh menjelang setengah abad,
Pentas politik mana tak bergelora,
Asalkan sehati jiwa kukuh berabad
87 ) From 6017xxx3518
Diwali dan Aidilfitri tradisi turun temurun,
Kini menjadi tunggak perpaduan Malaysia,
udah lumrah disambut bersama secara aman,
Tanda kemenangan Malaysia
88 ) From 6012xxx2353
Merah jambu, putih dan hitam,
Indah kebaya dipakai puteri,
Jangan merajuk menyimpan dendam,
Bermaafan kita di Aidilfitri
89 ) From 6012xxx2353
Juadah berbuka dibawa ke pulau,
Juadah dibeli di pekan lama,
Indah Diwali cahaya berkilau,
Indah Lebaran takbir bergema
90 ) From 6012xxx2353
Harum cempaka kembang di tanjung,
Dipetik jadi hiasan kebun,
Kasih ibu tinggi disanjung,
Darinya aku memohon ampun
91 ) From 6017xxx5345
Deepavalli Hari Raya datang sekali,
Semuanya riang di kampung bandar,
Sambutlah peluang perayaan dikongsi,
Perpaduan dipupuk, keraguan dihindar.
92 ) From 6017xxx5345
Deepavalli Hari Raya datang sekali,
Semuanya riang di kampung bandar,
Sambutlah peluang perayaan dikongsi,
Perpaduan dipupuk, keraguan dihindar.
93 ) From 6012xxx2353
Apa guna berbaju kebaya,
Jika hanya berselipar Jepun,
Apa guna berhari raya,
Jika dosa tidak diampun
94 ) From 6012xxx6526
Burung merpati terbangnya tinggi,
Hinggap sebentar di pokok cempaka,
Sempena Deeparaya yang penuh bererti,
Kita doakan negara makmur rakyat sekata.
95 ) From 6012xxx3958
Kepada Jeff yang baik hati,
Juga LG sebagai penaja,
Datanglah ke rumah hamba,
Dekat rumah ADUN Zakaria.
96 ) From 6012xxx3958
Kepada Jeff yang baik hati,
Juga LG sebagai sponsor,
Datanglah ke rumah hamba ini,
Dekat rumah ADUN Klang Selangor.
97 ) From 6012xxx2353
Ketupat palas berkuah kari,
Rendang dimakan dengan capati,
Seluruh rakyat riang menyanyi,
Menyambut Diwali dan Aidilfitri
98 ) From 6012xxx2353
Laju langkah si Abang Ali,
Ah Seng tercungap melepas lelah,
Muniandy letih menanti,
Lewat ke rumah terbuka Pak Lah
99 ) From 6012xxx2353
Pokok pinang ditanam rapat,
Anak puyuh berlari-lari,
Melayu India Cina sepakat,
Menyambut Syawal dan Deepavali
100 ) From 6012xxx2353
Si kecil bermain bunga api,
Juadah di dapur sedia dimakan,
Sepuluh jari disusun rapi,
Salah dan silap harap maafkan.
101 ) From 6012xxx2353
Di subuh hari takbir bergema,
Tak sabar merasa masakan bonda,
Riang gembira berhari raya,
Usah dilupa pada yang tiada
102 ) From 6012xxx2353
Sutera sari kemas berseri,
Tampak ayu tuan puteri,
Seluruh bangsa semua harmoni,
Merai Diwali dan Aidilfitri
103 ) From 6012xxx2353
Santan ditapis buluh dilentur,
Daun pandan disusun rapi,
Andai kata tersalah tutur,
Bermaafan kita di Aidilfitri
104 ) From 6019xxx4505
Rendang Pak Det ketupat Pak Lah,
Hidangan raya idaman Malaysia;
Silap sedikit jangan berbalah,
Bersalam kita di hari mulia.
105 ) From 6019xxx4505
Dicubit empat si dodol raya,
Biar merasa semua tetamu;
Bangsa sepakat negara jaya,
Menyambut raya tak kenal suku.
106 ) From 6013xxx5033
Anak Malaysia di sekolah dan di rumah,
Dididik agar keamanan dihargai,
Hari Raya kemuliaan terjemah,
Perayaan dikongsi kemesraan dirasai.
107 ) From 6016xxx0309
Beraya di rumah Datuk Z,
bersama CT dan Datuk K,
duit raya bagilah cek,
Malaysia boleh apapun boleh
108 ) From 6016xxx0309
Hujan mari kambing lari,
TM mari Pak Lah lari,
ini hari Deepavali,
boleh kasi handphone LG?
109 ) From 6016xxx0309
Hujan mari kambing lari,
TM mari Pak Lah lari,
ini hari Deepavali,
boleh kasi handphone LG?
110 ) From 6012xxx3438
Sinar terang kota metropolitan,
Terang lagi si kunang-kunang,
Di Hari Raya kita bermaafan,
Peristiwa lepas usah dikenang.
111 ) From 6012xxx0896
Tiba lagi Hari Raya
Bersama Hari Deepavali
Mari kita bersama raya
Deeparaya hanya sekali
112 ) From 6016xxx4640
satu dua tiga dan empat
ingat susunan keutamaan anda
kalau naik bas peganglah erat
kita semua tak nak hidup tertunda
113 ) From 6016xxx6978
Hari Raya Hari Yang Mulia,
Hari Deepavali Turut Di Rayakan,
Malaysia Berbagai Kaum Yang Ceria,
Menanti Satu Bangsa Di Lahirkan
114 ) From 6012xxx0127
Tenang-tenang air laut,
Sampan kolek mudik ke tanjung;
Deeparaya perayaan yang disambut,
Keharmonian kaum semangat yang dijunjung.
INTERNET does not operate in a legal vacuum.
Read this before you post a comment in this blog!