LG Chocolate, anyone?
How many of you realised that yesterday's blog: Chocolate, anyone? was in fact a teaser to a yummy feast?
I am such a fan of pantun -- you should know by now -- that I managed to convince LG Malaysia to give away an LG Chocolate phone to any Screenshots reader who can come out with the best festive SMS greetings -- Deepavali and Hari Raya -- in the form of classic pantun.
The Top Prize in this Screenshots-LG Pantun Greetings contest is a brand new LG Chocolate KG800 of any colour of your choice -- pink, white or classic black. The runner-up will get a chocolate basket.
So, would you like it pink?
White?
Or plain classic?

But before this, you have to brush up your pantun skills the classic way -- four lines per pantun in the a-b-a-b rhyme scheme, a good pembayang maksud and maksud, all within 8 to 12 syllables per line.
Like these few examples, very much in the mood of Dendang Perantau, vividly longing for the loved ones to come back home for reunion during the festive season:
Sirih Aceh warna perang,
Kuntum melati sukar digubah;
Bercerai jauh kita sekarang,
Di dalam hati jangan berubah.
Or this one:
Datanglah tukang dari kota,
Anak jentayu mandi berendam;
Dakwat bercampur air mata,
Ubat rindu penawar dendam.
Or this one:
Di kiri jalan di kanan pun jalan,
Tengah-tengah pohon mengkudu;
Dikirim jangan, diemail jangan,
Sama-sama menanggung rindu.
Stay tuned to the details tomorrow. The contest is to run for two weeks from October 19.
Comments
Really looking foward for this!
Posted by: tiban
|
October 18, 2006 09:20 AM
Roti bakar di sapukan kaya
Makanan biasa seluruh benua
Hari Deepavali maupun Raya
Ucapan ikhlasku untuk semua
Posted by: Ghim
|
October 18, 2006 09:56 AM
Ramadhan masa terbaik bermaafan,
Mahathir dan Paklah elok berjumpa,
bersedialah beratur berpanjangan,
jika touch n go tidak dibawa.
Posted by: zaryl
|
October 18, 2006 10:45 AM
ooh! baek dan bermoerah hati soenggoeh inche' jeff ini. samoega berkat banjak-banjak Toehan kasi oentoek inche' jeff.
saboetir pantoen oentuk satu cokelatLG, ah!! soenggoeh-soenggoeh ini satoe doegaan besar.
Posted by: nb
|
October 18, 2006 11:44 AM
Jeff,
kadang2 saya rasa malu kepada tuan kerana bersunguh2 menghidupkan budaya "berpantun" ini berbanding dengan rakyat lain terutamanya yang berbangsa Melayu. Amat sukar untuk kita temui seseorang yang melakukan demikian tambah peliknya lagi bila tuan pula berbangsa Cina. Jurang pemisah antara kita mungkin dapat dirapatkan jikalau ada usaha2 sebegini menjadi faktor gabungan kita. Akhir kata :
Pulau Pandan jauh ketengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang juga
Terima kasih.
Posted by: Hantu Siber
|
October 18, 2006 02:29 PM
burung kelicap terbang ke hulu,
hinggap sebentar di pohon rembia,
cuba-cubalah makan maruku,
dato samy tentu gembira.
pergi ke kedai membeli cili,
cili digiling si anak cina,
bangsa malaysia bersatu hati,
semua sambutan di raya bersama...
selamat hari raya...
Posted by: safjuan
|
October 18, 2006 04:07 PM
hehe
Si Logesh cantik memakai sari
Bertemu kekasih di ibu kota
Walau jerebu masih mengaburi
Deeparaya disambut rakyat jelata
Posted by: canary
|
October 18, 2006 04:27 PM
Diangkut air untuk cuci keretaku,
Berlumba meragut kemergahan,
Coklat sedap dijamu muruku,
Muku berjerubu kesal berpanjangan.
Posted by: Overthefence
|
October 18, 2006 06:58 PM
Chocolate old already brother, now is Shine!
http://www.engadget.com/2006/10/18/goodbye-lg-chocolate-hello-shine/
JEFF OOI says: Market-drivenlah brother.Judging frompreviouslaunch records for most brands, Shine will get into Malaysian shores in 6 months' time. Perhaps I could do another round for Screenshots readers when the time comes.
Posted by: ShaolinTiger
|
October 18, 2006 07:49 PM
how much LG pay you?
JEFF OOI says: Mmmmm...it depends on methdology. You may have to ask whether you are basing it on the par value or market valueof this pantun-loving Malaysian blogger.;-)
Posted by: jonah
|
October 18, 2006 08:24 PM
Care to share who are the judges?
JEFF OOI says: I will try to get several people, including poet Lim Swee Tin and former TV3 broadcast journalist Christine Ling. I hope they are in town.
Posted by: streetz
|
October 19, 2006 07:59 AM
Makan coklat manis ke hati,
Suap sungguh di majlis kenduri.
Coklat LG memikat sijantung hati,
Hadiahnya satu bertambah seri.
Posted by: BaganSPU
|
October 19, 2006 01:01 PM
Here is my version for this festive season...enjoy!
Buluh tua kaki pelita
Terpacak indah keliling desa
Kunjung mengunjung tradisi kita
Jangan hilang dimakan masa
Kerongsang emas didalam peti
Kalau dipakai pasti menawan
Ramai polis korban cuti
Agar kita selamat dijalan
Kehulu sungai naik sampan
Pandangan hijau airnya tenang
Tua miskin dilupa jangan
Huluran ikhlas pasti dikenang
Singgah sebentar di Kampung Pasir
Kelapa muda segar dinikmat
Belanja besar makan dibazir
Sedarlah kita untuk berjimat
Posted by: tiban
|
October 19, 2006 01:43 PM
Bulan Ramadhan kita berpuasa
Sebelum menyambut Hari Raya
Semoga Malaysia yang berbilang bangsa
Bangga dengan budaya yang kaya
Posted by: MalaysianAtHeart
|
October 19, 2006 01:58 PM
Vellu mengacau dodol bersama Dollah,
Jalan ke rumah dihiasi dengan pelita,
Kebaikan biar bercahaya, yang sial biar kalah,
Demi keharmonian dan kemakmuran kita.
(I'm a daily visitor to your blog and finally enticed to comment). :)
Posted by: dwbh163
|
October 19, 2006 02:10 PM
Pelita-pelita di pinggiran taman,
Simbol cahaya, simbol DeepaRaya,
Marilah pulang ke kampung halaman,
Mengubat rindu yang tertanya-tanya.
Posted by: belleB
|
October 19, 2006 03:51 PM
mari beraya ke pulau ketam,
makan lemang di bawah bayu,
sungguh indah chocolate hitam,
Padan dengan baju melayu..
sungguh besar rasa di hati,
kalau ditangan ada telefon LG,
lagi meriahlah raya ku ini,
habis ditayang kesana kemari,
Kecohlah satu kampung nanti,
Almaklumlah dapat telefon Free....
Posted by: Sinatra_Z
|
October 19, 2006 05:01 PM
Nun jauh disana, pelita bersinar,
Cahaya iman menyelubungi jiwa,
Wahai rakyat Malaysia, kecil dan besar,
Selamat menyambut Deeparaya.
Posted by: livedlegna
|
October 19, 2006 05:13 PM
Selamat Deeparaya ingin aku ucapkan
Jika tidak menyinggung hati warga Malaysia
Marilah kita lupakan isu perkauman
Berganding tangan sambil bergembira
Posted by: kantiaros
|
October 19, 2006 08:37 PM
Makan nasi lemak bersama sambal merah
Juadah untuk semua warga Negara
Perayaan deeparaya memang meriah
Sambutlah dengan keluarga bahagia
Posted by: kantiaros
|
October 19, 2006 08:53 PM
Hutan dibakar untuk keuntungan
Tinggalkan jerebu dengan cepat
Promosi chocolate di ada-adakan
Bolehkah kongsi apa yang dapat
Posted by: thquah
|
October 19, 2006 09:12 PM
Rakyat maju semangat membara,
Harmoni dan damai ku terasa,
Kita semua bagai saudara,
Menyambut deeparaya tak kira bangsa.
Posted by: tankhow
|
October 19, 2006 10:21 PM
Ada kek span ada kek coklat,
Sedap lagi bahulu yang ori,
Dosa tersimpan cepat bertaubat,
Mulialah diri di Aidilfitri.
Posted by: zumaidi
|
October 20, 2006 08:33 AM
my pantun-ing skill is quite atrocious, but here's my take :P
Menjunjung kasih keramat Aidilfitri,
Cahaya suci menjelang Deepavali,
Kegemilangan saudara-saudari,
Amat bermakna sekali.
Posted by: dah vid
|
October 20, 2006 08:50 AM
Deepavali festival cahaya,
Aidilfitri kemenangan diri,
Bersuka hati di hari raya,
Disambut mari dengan harmoni.
Posted by: zumaidi
|
October 20, 2006 09:07 AM
Laddu penyeri hidangan asli,
Ketupat direbus lalu diikat;
Salam aidilfitri juga diwali,
Marilah berkunjung eratkan muafakat.
----------
Kalau kari katakan kari,
Senang saya cari capati,
Kalau nak mari katalah nak mari,
Lemang di rumah nak habis dah ni!
----------
Pasang panjut di tepi kali,
Dipacak kuat biar melekap,
Diwali, aidilfitri gila membeli,
Hutang berbaris, suami ke lokap.
Posted by: Iskandar
|
October 20, 2006 11:57 PM